Skip to main content

Kenali Bateri Kereta Anda

# # : Kenali bateri kereta anda

www.Bateriboss.com


Bateri kereta di pasaran ada bermacam-macam jenis dan jenama. Bila kita nak tukar bateri baru, kita nak tahu apa jenis yang paling sesuai dengan kereta kita. Dalam pemilihan bateri kereta antara faktor utama ialah, saiz bateri, jenis terminal dan Amp Hour yang sesuai. Salah pilih nanti tak boleh nak pasang pada kereta, tak muat dengan dulang bateri, dan bateri melebihi kapasiti keperluan kereta kita. Tak salah terlebih Amp Hour (Ah) tetapi jika kapasiti besar selalunya baterinya lebih besar dan berat.
Secara am bateri kereta kita kelaskan kepada dua kelas utama iaitu:
1. Bebas Penyelenggaraan (Maintenance Free (MF) / Sealed Maintenance Free (SMF))
2. Perlu Penyelenggaraan (Non Maintenance Free (NMF))
Bateri kereta pula dikodkan dalam pelbagai pengenalan utama antaranya Japan Industrial Standard (JIS), Deutsches Institut für Normung (DIN) dan kod lama JIS (tidak digunakan lagi).
Contoh kod lama JIS :
NS40ZL, NS60, NS70
Contoh kod baharu JIS:
46B24R, 46B24R(S), 55D23L, 65D26R
Contoh kod DIN:
535 11, 545 24, 560 12, DIN 55

Kadang kadang kita tengok ada kereta guna bateri yang berbeza kod, dan kita mula bertanya adakah kapasiti bateri tersebut berbeza dan kita juga bertanya bolehkan kita menggunakan bateri yang berbeza kod?
Sebelum itu, baik kita belajar untuk membaca kod JIS (baharu). Sebagai contoh : 55D23L
55 = Kapasiti Bateri dalam unit Amp Hours (lagi besar Ah lagi kuat)
D = Terminal Bateri Standard, jika B ia untuk Terminal kecil.
23 = Panjang Bateri
L = Polariti terminal negatif (-ve) pandangan daripada pemandu terletak sebelah kiri.
sekiranya ada S dihujung kod bermakna, terminal adalah standard walaupun kod B ada di tengah-tengah seperti contoh di bawah:
” 46B24RS “
Ns40z-Mf-38b20L-Mf-12V-36ah-JIS-Car-Battery
Antara kod DIN, JIS (baharu) dan JIS (lama) adalah mewakili kapasiti bateri yang sama, cuma pengenalan yang berbeza. Selalunya kedai penjual ada rujukan silang untuk kelas bateri (Cross Reference Battery Class). Secara amnya rujukan silang saya kongsikan di sini:
46B24RS = NS 60S = 545 51
32B20L = NS40ZL= 535 11
DIN 55R. = 55D23R
Mustahil kita mampu nak hafal semua kod tapi mencukupi untuk memahami maksud kod standard JIS (baharu) seperti di atas. Harap pengkongsian kali ini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua.

Artikel oleh Wan Amir

Comments

Popular posts from this blog

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Gearbox Automatik  Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual. Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto. Perbezaan antara manual dan auto gear  memang banyak,di antaranya yang paling baik ialah penjimatan minyak,dengan auto minyak memang agak jimat berbanding manual kerana semua kerja-kerja teknikal gear dijalankan oleh gearbox manakala manual adalah kita gerakkannya. Dari segi brek juga begitu ,brek auto lebih mencengkam kerana hanya isyarat yang dihantar untuk gerakan gear jadi brek dibuat lebih cengkaman berbanding manual.Auto mudah dikendalikan,kurang tekanan,kepenatan dan secara teknikalnya ia amat baik. Masalah demikian biasa dirujuk sebagai sli

#Nak Tune Enjin Kereta?

Pelarasan enjin Pelarasan enjin ataupun biasa dipanggil (engine tuning) adalah mengenai pelarasan minyak dan api dalam pembakaran supaya ia bertindak mengikut kadar yang betul dan seterusnya menstabilkan RPM. Jika didalam sistem karburator pelarasan begini dilakukan secara manual dengan menyelaraskan skru minyak dan angin pada karburator serta sedikit pelarasan pada api melalui distributor. Engine tuning  begini   juga   memerlukan  plug , air filter  dan   kabel  plug yang berfungsi dengan baik  supaya  apa yang  dipanggil   IDLE  enjin  dapat dicapai. Untuk mencapai kelajuan RPM pada sekitar 900-1000 adalah amat sesuai untuk engine berjalan dengan baik walaupun ketika aircond dihidupkan. Pada kebiasaannya tindakan aircond dan kompressor akan menyebabkan RPM enjin menurun sekitar 100 RPM.Pada sistem karburator penurunan RPM tersebut akan disesuaikan dengan suis  FICD  (fast idling control device)aircond yang bertindak mengekalkan RPM pada kadar yang sesua