Skip to main content

Servis aircond (komponen utama)

Servis aircond (komponen utama)






Bagaimana cara sebenar kerja-kerja servis air-cond kereta dilakukan. Antara komponen-komponen  air cond kereta yang boleh diservis ialah:-
1) Kompressor
2)Cooling Coil atau jaring penyejuk
3)Kondenser



Kompressor adalah alat utama dalam sistem penyejukan kereta,Kompressor ini boleh diperbaiki dan juga diservis dan pada kebiasaannya servis dilakukan oleh mereka yang betul2 arif dalam membuka Kompressor dan memasangnya semula tanpa terdapat kebocoran minyak.Ini adalah kerana jika terdapat sedikit kebocoran sistem aircond kereta tidak berfungsi dgn baik dan tidak sejuk.Kompressor akan dibuka di bahagian depan dan belakang dan tukarkan gegelang getah pada semua penutup di bahagian depan dan belakang,setelah itu cuci semua bahagian depan dan belakang Kompressor tersebut dengan bahan kimia dan petrol.Pasang semula semua KLIP tanpa ada satu pun yang tertinggal dan jangan lupa untuk mengisikannya semula dengan minyak Kompressor yang baru.



Cooling Coil (Evaporator) atau jaring sejuk pula adalah komponen aircond kedua terpenting dalam sistem air cond kereta.Ia berfungsi mengalirkan dan mengawal suhu sejuk dan panas dalam sistem tersebut.Membuka cooling coil adalah amat mudah kerana kebiasaannya hanya terdapat sedikit skru kecil dan klip yang terpasang pada keseluruhan kotak cooling coil.

 Cooling coil selalunya terletak pada bahagian hadapan sebelah pemandu dibawah dashboard penumpamg hadapan.Tanggalkan penyangkut dan skru penyambung antara hose gas air cond dan keluarkan kotak berwarna hitam tersebut. 



 Kerja-kerja servis ini perlu dilakukan setelah membuang semua gas yang terdapat didalamnya melalui bahagian enjin kereta.Buka kotak cooling coil tersebut dan cuci semua bahagian srip cooling coil dengan air dan chemical jika ada atau thinner dan pastikan semuanya telah dikeringkan sebelum pemasangan semula untuk menjauhkan bau thinner memenuhi seluruh ruang dalaman kereta. 

cooling coil perlu di cuci

Kondenser juga adalah komponen utama yang boleh diservis dalam sistem penyejukan air cond sesebuah kereta.Cara tersebut adalah begitu mudah tetapi memerlukan sedikit alat tambahan untuk membuka ruang tepi kondenser seperti pengapit teguh yang mengapit kukuh kedua bahagian tersebut tanpa merosakkannya. Akan tetapi jika anda seorang amatur dan ingin membaiki kenderaan anda sendiri memadai dengan mengeluarkan condenser tersebut dan alirkan thinner kemudian keringkan dan pasangkannya semula.



Nota-Tabung Gas (Receiver dryer) Jangan alirkan sebarang cecair melaluinya (untuk kilang sahaja),boleh membahayakan  nyawa  anda.


Sumber : Mekanik Kereta



Comments

Popular posts from this blog

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Gearbox Automatik  Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual. Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto. Perbezaan antara manual dan auto gear  memang banyak,di antaranya yang paling baik ialah penjimatan minyak,dengan auto minyak memang agak jimat berbanding manual kerana semua kerja-kerja teknikal gear dijalankan oleh gearbox manakala manual adalah kita gerakkannya. Dari segi brek juga begitu ,brek auto lebih mencengkam kerana hanya isyarat yang dihantar untuk gerakan gear jadi brek dibuat lebih cengkaman berbanding manual.Auto mudah dikendalikan,kurang tekanan,kepenatan dan secara teknikalnya ia amat baik. Masalah demikian biasa dirujuk sebagai sli

Kenali Bateri Kereta Anda

# # : Kenali bateri kereta anda www.Bateriboss.com Bateri kereta di pasaran ada bermacam-macam jenis dan jenama. Bila kita nak tukar bateri baru, kita nak tahu apa jenis yang paling sesuai dengan kereta kita. Dalam pemilihan bateri kereta antara faktor utama ialah, saiz bateri, jenis terminal dan  Amp Hour  yang sesuai.  Salah pilih nanti tak boleh nak pasang pada kereta, tak muat dengan dulang bateri, dan bateri melebihi kapasiti keperluan kereta kita. Tak salah terlebih Amp Hour (Ah) tetapi jika kapasiti besar selalunya baterinya lebih besar dan berat. Secara am bateri kereta kita kelaskan kepada dua kelas utama iaitu: 1. Bebas Penyelenggaraan (Maintenance Free (MF) / Sealed Maintenance Free (SMF)) 2. Perlu Penyelenggaraan (Non Maintenance Free (NMF)) Bateri kereta pula dikodkan dalam pelbagai pengenalan utama antaranya Japan Industrial Standard (JIS), Deutsches Institut für Normung (DIN) dan kod lama JIS (tidak digunakan lagi). Contoh kod lama JIS