5 Model Kereta Paling Selamat untuk Kanak-Kanak Mengikut Rating Asean NCAP
MUNGKIN ada yang ingin tahu model kereta manakah paling selamat untuk kanak-kanak dan bayi mengikut ujian perlanggaran Asean NCAP?
Asean NCAP ditubuhkan pada Disember 2011 dalam usaha meningkatkan keselamatan kenderaan di rantau Asia Tenggara sebagai respons kepada program 'Dekad Tindakan untuk Keselamatan Jalan Raya' (Decade of Action for Road Safety) 2011-2020 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sejak itu, standard keselamatan kenderaan di negara Asean, khususnya Malaysia mula mengalami penambahbaikan dengan masing-masing pengeluar mula menghasilkan produk yang lebih selamat kepada pembeli rantau ini.
Bagi ibu bapa yang mementingkan anak-anak, kereta paling selamat untuk kanak-kanak dan bayi pasti menjadi antara kriteria yang dititikberatkan. Jadi fokus utama ialah model yang mencatatkan skor perlindungan penumpang kanak-kanak (child occupant protection) tertinggi.
Semua 5 model di bawah ini meraih skor 80 peratus ke atas dan tersenarai antara kereta Asean paling tinggi rating keselamatan untuk kanak-kanak. Anda mungkin berminat untuk menjadikan salah-satu model ini sebagai kereta keluarga.
1. FORD EVEREST

VARIAN: 3.2L TREND
TAHUN DIBINA: 2015
TAHUN MODEL: 2015
PERLINDUNGAN PENUMPANG KANAK-KANAK: 81 peratus
TAHUN DIBINA: 2015
TAHUN MODEL: 2015
PERLINDUNGAN PENUMPANG KANAK-KANAK: 81 peratus
2. HONDA CR-V

VARIAN: 2.4 EL
TAHUN DIBINA: 2017
TAHUN MODEL: 2017
PERLINDUNGAN PENUMPANG KANAK-KANAK: 91 peratus
3. NISSAN TERRA

VARIAN: 2.3V 2WD 7AT
TAHUN DIBINA: 2018
TAHUN MODEL: 2018
PERLINDUNGAN PENUMPANG KANAK-KANAK: 83 peratus
4. TOYOTA CAMRY

VARIAN: 2.0G
TAHUN DIBINA: 2018
TAHUN MODEL: 2018
PERLINDUNGAN PENUMPANG KANAK-KANAK: 91 peratus
5. VOLKSWAGEN POLO

VARIAN: SEDAN 1.6
TAHUN DIBINA: 2013
TAHUN MODEL: 2013
PERLINDUNGAN PENUMPANG KANAK-KANAK: 85 peratus
Source : PanduLaju


Comments
Post a Comment