Skip to main content

Bersihkan Bateri Kereta Anda


DIY:Bersihkan Bateri Kereta Sendiri




Alatan Diperlukan: Spanar, penyembur penanggal kakis (corrosion-removal), berus dawai, kain
Masa Siap             : 20 minit
Anggaran Kos      : RM30

KUNCI utama memastikan kereta anda bergerak lancar dan berkesan ialah sambungan bateri yang baik. Walaupun bateri kereta anda daripada jenis bebas senggara (maintenance free), tetapi itu bukanlah bermakna anda boleh buat tidak ambil peduli saja sehingga kereta anda akhirnya terbujur kaku di tepi jalan.
Tahukah anda, sedikit hablur atau serbuk putih pada terminal bateri kereta sudah cukup untuk menghalang kereta anda daripada dihidupkan? Jadi, pemeriksaan ringkas secara pemerhatian ke atas kondisi bateri kereta mampu memberitahu anda bilakah masa anda perlu melakukan proses senggara tersebut. Ikut tip di bawah ini cepat!
1. Tanggalkan kabel daripada terminal bateri sepatutnya tidaklah sesukar mana. Anda cuma perlu menggunakan spanar saiz 10mm yang biasanya sudah siap dibekalkan bersama bekas alatan di belakang but.
2. Pastikan kabel negatif ditanggalkan terlebih dahulu. Jika terlalu ketat, gunakan pembuka skru mata rata untuk membuatkan ia longgar.


3. Cuci terminal bateri dengan penyembur penanggal kakis. Anda tentu pernah mendengar tip tentang air berkarbonat, Coca-Cola yang juga mampu melakukan tugas mencuci itu. Bagaimanapun, kami tetap menyarankan anda menggunakan produk lebih profesional dan spesifik yang boleh dibeli di kedai alat ganti dan aksesori kereta.
4. Jika mahu cara paling klasik yang murah dan berkesan, gunakan saja bahan seperti air dan soda penaik (baking soda). Caranya mudah, taburkan soda penaik ke atas terminal sebelum tuangkan sedikit air dan biarkan sebatian tersebut berbuih selama seminit supaya dapat meresap ke dalam celahan kabel dan terminal bateri.
5. Kemudian, sental dengan berus dawai. Boleh juga gunakan berus gigi dan pastikan diberus hingga semua kotoran tertanggal dan permukaan terminal jadi bersih.
6. Bilas sisa cucian dengan air bersih. Keringkan terminal dan kabel dengan kain lap.
7. Pasang semula kabel pada terminal bateri. Pastikan diikat tidak terlalu ketat supaya tidak merosakkan alur skru, dan tidak juga terlalu longgar supaya kabel tidak mudah tercabut. Uji ikatan dengan menggoyangkan kabel ke kiri dan kanan.
8. Siap!



TIP

Bateri kong atau mati ialah masalah kereta paling kerap dihadapi ramai pemandu. Walaupun sukar diduga, anda sebenarnya boleh mengagak hayat bateri kereta hampir ke penghujung apabila sudah menggunakan bateri itu selama lebih 2 tahun. Malah, bateri lebih cepat mati jika kereta dipandu secara kerap dan jarak jauh.
Tetapi, cara terbaik yang boleh memanjangkan hayat dan memastikan bateri kereta anda cekap beroperasi ialah membuka bonet setiap 2 atau 3 bulan sekali untuk memeriksa kondisi bateri dan melakukan tugas cucian seperti di atas jika diperlukan. 

Source : PanduLaju

Comments

Popular posts from this blog

Servis aircond (komponen utama)

Servis aircond (komponen utama) Bagaimana cara sebenar kerja-kerja servis air-cond kereta dilakukan. Antara komponen-komponen  air cond kereta yang boleh diservis ialah:- 1) Kompressor 2)Cooling Coil atau jaring penyejuk 3)Kondenser Kompressor  adalah alat utama dalam sistem penyejukan kereta,Kompressor ini boleh diperbaiki dan juga diservis dan pada kebiasaannya servis dilakukan oleh mereka yang betul2 arif dalam membuka Kompressor dan memasangnya semula tanpa terdapat kebocoran minyak.Ini adalah kerana jika terdapat sedikit kebocoran sistem aircond kereta tidak berfungsi dgn baik dan tidak sejuk. Kompressor akan dibuka di bahagian depan dan belakang dan tukarkan gegelang getah pada semua penutup di bahagian depan dan belakang,setelah itu cuci semua bahagian depan dan belakang Kompressor tersebut dengan bahan kimia dan petrol.Pasang semula semua  KLIP  tanpa ada satu pun yang tertinggal dan jangan lupa untuk mengisikannya semula dengan miny...

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Gearbox Automatik  Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual. Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto. Perbezaan antara manual dan auto gear  memang banyak,di antaranya yang paling baik ialah penjimatan minyak,dengan auto minyak memang agak jimat berbanding manual kerana semua kerja-kerja teknikal gear dijalankan oleh gearbox manakala manual adalah kita gerakkannya. Dari segi brek juga begitu ,brek auto lebih mencengkam kerana hanya isyarat yang dihantar untuk gerakan gear jadi brek dibuat lebih cengkaman berbanding manual.Auto mudah dikendalikan,kurang tekanan,kepenatan dan secara teknikalnya ia amat baik. Masalah demikian biasa dirujuk se...

Kenali Bateri Kereta Anda

# # : Kenali bateri kereta anda www.Bateriboss.com Bateri kereta di pasaran ada bermacam-macam jenis dan jenama. Bila kita nak tukar bateri baru, kita nak tahu apa jenis yang paling sesuai dengan kereta kita. Dalam pemilihan bateri kereta antara faktor utama ialah, saiz bateri, jenis terminal dan  Amp Hour  yang sesuai.  Salah pilih nanti tak boleh nak pasang pada kereta, tak muat dengan dulang bateri, dan bateri melebihi kapasiti keperluan kereta kita. Tak salah terlebih Amp Hour (Ah) tetapi jika kapasiti besar selalunya baterinya lebih besar dan berat. Secara am bateri kereta kita kelaskan kepada dua kelas utama iaitu: 1. Bebas Penyelenggaraan (Maintenance Free (MF) / Sealed Maintenance Free (SMF)) 2. Perlu Penyelenggaraan (Non Maintenance Free (NMF)) Bateri kereta pula dikodkan dalam pelbagai pengenalan utama antaranya Japan Industrial Standard (JIS), Deutsches Institut für Normung (DIN) dan kod lama JIS (tidak digunakan lagi). Contoh...