Skip to main content

#Nak Tune Enjin Kereta?

Pelarasan enjin






Pelarasan enjin ataupun biasa dipanggil (engine tuning) adalah mengenai pelarasan minyak dan api dalam pembakaran supaya ia bertindak mengikut kadar yang betul dan seterusnya menstabilkan RPM.

Jika didalam sistem karburator pelarasan begini dilakukan secara manual dengan menyelaraskan skru minyak dan angin pada karburator serta sedikit pelarasan pada api melalui distributor.
Engine tuning begini juga memerlukan plug,air filter dan kabel plug yang berfungsi dengan baik supaya apa yang dipanggil IDLE enjin dapat dicapai. Untuk mencapai kelajuan RPM pada sekitar 900-1000 adalah amat sesuai untuk engine berjalan dengan baik walaupun ketika aircond dihidupkan.





Pada kebiasaannya tindakan aircond dan kompressor akan menyebabkan RPM enjin menurun sekitar 100 RPM.Pada sistem karburator penurunan RPM tersebut akan disesuaikan dengan suis FICD (fast idling control device)aircond yang bertindak mengekalkan RPM pada kadar yang sesuai bila aircond dihidupkan. 

Manakala dalam sistem injection(pancitan minyak) engine tuning dilakukan dengan menggunakan alat diagnose digital (pembaca kod kerosakan) yang perlu ditetapkan kepada jenis-jenis kereta.Alat ini pula berhubung dengan ECU (engine control unit) yang menyesuaikannya pula dengan sistem enjin. 






Penggunaan alat diagnose begini adalah lebih mudah dan kebanyakan kereta-kereta model sekarang telah dilengkapi dengan sistem ECU yang bertindak melakukan pelarasan enjin kepada IDLE ketahap RPM yang lebih stabil. Pada sesetengah kereta yang menggunakan sistem karburator terdapat adjustment screw (skru pelarasan) pada karburator yang boleh dipusingkan untuk menaikkan RPM seperti kebanyakan pada kereta Malaysia seperti Kancil dan Wira.
Skru pelarasan minyak betul-betul dibelakang karburator boleh dipusingkan sedikit untuk membantu RPM yang terlalu rendah dan boleh dilakukan sendiri oleh pengguna kereta sebelum berjumpa mekanik untuk melakukan keseluruhan engine tuning.

 Terdapat juga skru pelarasan minyak sedemikian pada sistem injector yang boleh dipusingkan sementara supaya RPM dapat ditinggikan sementara skru yang terletak diatas throttle body injector Wira boleh dipusingkan sedikit untuk RPM pada 1000 semula.Jika menghadapi kesulitan seperti asap yang hitam dan RPM yang sedikit-sedikit menaik hendaklah merujuk kepada mekanik



sumber : Mekanik kereta

Comments

Popular posts from this blog

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Gearbox Automatik  Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual. Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto. Perbezaan antara manual dan auto gear  memang banyak,di antaranya yang paling baik ialah penjimatan minyak,dengan auto minyak memang agak jimat berbanding manual kerana semua kerja-kerja teknikal gear dijalankan oleh gearbox manakala manual adalah kita gerakkannya. Dari segi brek juga begitu ,brek auto lebih mencengkam kerana hanya isyarat yang dihantar untuk gerakan gear jadi brek dibuat lebih cengkaman berbanding manual.Auto mudah dikendalikan,kurang tekanan,kepenatan dan secara teknikalnya ia amat baik. Masalah demikian biasa dirujuk sebagai sli

Kenali Bateri Kereta Anda

# # : Kenali bateri kereta anda www.Bateriboss.com Bateri kereta di pasaran ada bermacam-macam jenis dan jenama. Bila kita nak tukar bateri baru, kita nak tahu apa jenis yang paling sesuai dengan kereta kita. Dalam pemilihan bateri kereta antara faktor utama ialah, saiz bateri, jenis terminal dan  Amp Hour  yang sesuai.  Salah pilih nanti tak boleh nak pasang pada kereta, tak muat dengan dulang bateri, dan bateri melebihi kapasiti keperluan kereta kita. Tak salah terlebih Amp Hour (Ah) tetapi jika kapasiti besar selalunya baterinya lebih besar dan berat. Secara am bateri kereta kita kelaskan kepada dua kelas utama iaitu: 1. Bebas Penyelenggaraan (Maintenance Free (MF) / Sealed Maintenance Free (SMF)) 2. Perlu Penyelenggaraan (Non Maintenance Free (NMF)) Bateri kereta pula dikodkan dalam pelbagai pengenalan utama antaranya Japan Industrial Standard (JIS), Deutsches Institut für Normung (DIN) dan kod lama JIS (tidak digunakan lagi). Contoh kod lama JIS

Servis aircond (komponen utama)

Servis aircond (komponen utama) Bagaimana cara sebenar kerja-kerja servis air-cond kereta dilakukan. Antara komponen-komponen  air cond kereta yang boleh diservis ialah:- 1) Kompressor 2)Cooling Coil atau jaring penyejuk 3)Kondenser Kompressor  adalah alat utama dalam sistem penyejukan kereta,Kompressor ini boleh diperbaiki dan juga diservis dan pada kebiasaannya servis dilakukan oleh mereka yang betul2 arif dalam membuka Kompressor dan memasangnya semula tanpa terdapat kebocoran minyak.Ini adalah kerana jika terdapat sedikit kebocoran sistem aircond kereta tidak berfungsi dgn baik dan tidak sejuk. Kompressor akan dibuka di bahagian depan dan belakang dan tukarkan gegelang getah pada semua penutup di bahagian depan dan belakang,setelah itu cuci semua bahagian depan dan belakang Kompressor tersebut dengan bahan kimia dan petrol.Pasang semula semua  KLIP  tanpa ada satu pun yang tertinggal dan jangan lupa untuk mengisikannya semula dengan minyak Kompressor yang