Skip to main content

Penyaman Udara Tak Sejuk?

#Penyaman Udara Tak Sejuk? Tak Tahu Punca?



Alamak, penyaman udara kereta tak sejuk la pulak! Dah la cuaca panas tak ingat ni. Mandi sauna lah kejap lagi nampaknya. Pernah tak alami situasi macam ni? Kalau ada kawan yang menumpang mesti dia ingat kita Haji Bakhil, kedekut pahit tak nak pasang penyaman udara kan? Padahal dah tambah gas pun masih lagi tak sejuk, yang keluar angin panas je. Apa punca-puncanya? Kami senaraikan untuk anda.
Kebocoran paip
Ini adalah salah satu punca gas penyaman udara habis. Biasanya pomen akan periksa ini terlebih dahulu. Kebocoran boleh boleh berlaku di beberapa, yang selalu kena adalah di bahagian sambungan paip yang longgar dan paip yang bocor sebab ditebuk atau karat. Gas penyaman udara sebenarnya telah dicampur dengan sedikit pelincir bagi memelihara pemampat (compressor).
Sekiranya berlaku kebocoran, gas dan cecair pelincir ini yang akan keluar. Pelincir ini kena cukup kerana jika ia kurang pemampat boleh tersekat dan rosak. Gas penyaman udara pula berfungsi sebagai ‘pembawa haba’ dari dalam kereta ke luar. Jika gas ini tiada atau kurang, haba tidak dapat dipindahkan dan angin penyaman udara akan tetap menjadi panas.
Gegelung penyejuk (cooling coil) kotor atau rosak
Haba dari angin di dalam kabin kereta dipindahkan semasa angin itu menyentuh permukaan logam pada gegelung penyejuk. Jika gegelung penyejuk itu kotor dengan habuk yang melekat akibat kondensasi air di situ, perpindahan haba menjadi tidak efisien. Jadi, angin penyaman udara tidak sejuk. Kalau gegelung penyejuk ini rosak anda perlu menggantikannya dengan komponen yang baharu.
Kipas kondenser tidak berfungsi
Aapabila kipas ini tidak berfungsi, maka tiada bantuan angin untuk menyejukkan gas/cecair penyaman udara yang panas, kecuali  semasa kereta dipandu laju kerana ada angin masuk ke ruang enjin untuk membantu menyejukkannya. Jika gas/cecair penyaman udara tidak disejukkan (haba tidak dikeluarkan), sistem tidak dapat berfungsi dengan baik.

Pemampat (compressor) rosak
Paling ditakuti kerana harga komponen ini memang mahal. Ada beberapa faktor yang menyebabkannya rosak. Punca utama adalah disebabkan dari galas (bearing) dan omboh (jika ia jenis omboh) yang tersekat kerana pelincir telah habis kerana berlaku kebocoran. Pemampat berfungsi untuk memampatkan gas kepada bentuk cecair dan suhu gas itu akan bertambah melebihi daripada suhu di luar supaya angin di luar dapat menyahkan haba tersebut. Sekiranya gas itu tidak termampat dan suhunya tidak naik melebihi suhu angin di luar, haba di dalam gas itu tidak dapat dipindahkan.

Alat kawalan suhu pada papan pemuka rosak
Pada kebanyakan kereta alat kawalan ini berbentuk dial dan boleh dipusingkan untuk melaras suhu dan kelajuan peniup (blower). Biasanya pelaras jenis ini mudah patah dari dalam atau telah longgar sehingga menyebabkan tiada input untuk sistem bekerja. Ada beberapa kereta model terkini yang menggunakan jenis kawalan skrin sentuh dan berkemungkinan penyaman udara bermasalah disebabkan sensor pada skrin sentuh itu tidak berfungsi dengan baik.
Sensor suhu rosak
Sensor suhu berfungsi untuk mengetahui sama ada kesejukkan yang diingini telah dicapai ataupun tidak. Maklumat ini akan diberikan kepada sistem klac pemampat untuk dihidupkan atau dipadamkan.
Alat penapis telah kotor atau tersumbat
Jika penapis ini kotor atau tersumbat, ia akan mengganggu aliran pelincir penyaman udara dan seterusnya menganggu tugas sistem. Penapis perlu dibersihkan supaya sistem berfungsi dengan lancar.
Injap pengembang (expansion valve) rosak atau tersumbat
Ia boleh berlaku sekiranya ada bendasing dalam sistem paip. Injap ini mempunyai lubang yang kecil, seperti muncung penyembur aerosol. Jika tersumbat, cecair tidak disembur menjadi gas dengan sempurna dan akan mengganggu perpindahan haba.
Walaubagaimana pun, kerosakkan mungkin terdiri daripada gabungan beberapa punca di atas atau punca yang lain daripada di atas.

Sumber : Zaim Auto Service

Comments

Popular posts from this blog

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Gearbox Automatik  Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual. Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto. Perbezaan antara manual dan auto gear  memang banyak,di antaranya yang paling baik ialah penjimatan minyak,dengan auto minyak memang agak jimat berbanding manual kerana semua kerja-kerja teknikal gear dijalankan oleh gearbox manakala manual adalah kita gerakkannya. Dari segi brek juga begitu ,brek auto lebih mencengkam kerana hanya isyarat yang dihantar untuk gerakan gear jadi brek dibuat lebih cengkaman berbanding manual.Auto mudah dikendalikan,kurang tekanan,kepenatan dan secara teknikalnya ia amat baik. Masalah demikian biasa dirujuk sebagai sli

Kenali Bateri Kereta Anda

# # : Kenali bateri kereta anda www.Bateriboss.com Bateri kereta di pasaran ada bermacam-macam jenis dan jenama. Bila kita nak tukar bateri baru, kita nak tahu apa jenis yang paling sesuai dengan kereta kita. Dalam pemilihan bateri kereta antara faktor utama ialah, saiz bateri, jenis terminal dan  Amp Hour  yang sesuai.  Salah pilih nanti tak boleh nak pasang pada kereta, tak muat dengan dulang bateri, dan bateri melebihi kapasiti keperluan kereta kita. Tak salah terlebih Amp Hour (Ah) tetapi jika kapasiti besar selalunya baterinya lebih besar dan berat. Secara am bateri kereta kita kelaskan kepada dua kelas utama iaitu: 1. Bebas Penyelenggaraan (Maintenance Free (MF) / Sealed Maintenance Free (SMF)) 2. Perlu Penyelenggaraan (Non Maintenance Free (NMF)) Bateri kereta pula dikodkan dalam pelbagai pengenalan utama antaranya Japan Industrial Standard (JIS), Deutsches Institut für Normung (DIN) dan kod lama JIS (tidak digunakan lagi). Contoh kod lama JIS

Servis aircond (komponen utama)

Servis aircond (komponen utama) Bagaimana cara sebenar kerja-kerja servis air-cond kereta dilakukan. Antara komponen-komponen  air cond kereta yang boleh diservis ialah:- 1) Kompressor 2)Cooling Coil atau jaring penyejuk 3)Kondenser Kompressor  adalah alat utama dalam sistem penyejukan kereta,Kompressor ini boleh diperbaiki dan juga diservis dan pada kebiasaannya servis dilakukan oleh mereka yang betul2 arif dalam membuka Kompressor dan memasangnya semula tanpa terdapat kebocoran minyak.Ini adalah kerana jika terdapat sedikit kebocoran sistem aircond kereta tidak berfungsi dgn baik dan tidak sejuk. Kompressor akan dibuka di bahagian depan dan belakang dan tukarkan gegelang getah pada semua penutup di bahagian depan dan belakang,setelah itu cuci semua bahagian depan dan belakang Kompressor tersebut dengan bahan kimia dan petrol.Pasang semula semua  KLIP  tanpa ada satu pun yang tertinggal dan jangan lupa untuk mengisikannya semula dengan minyak Kompressor yang