Skip to main content

Things to do when servicing your car

➤ MAJOR VS MINOR SERVICE : What to service?



SERVIS penyenggaraan berkala dibuat untuk mengenal pasti potensi masalah dan memastikan kereta dapat bergerak lancar. Sesetengah penyenggaraan boleh jadi minor atau major yang memerlukan alat ganti dan komponen berbeza dicuci atau diganti.
Bagi mengetahui jenis penyenggaraan yang diperlukan kereta anda, adalah sangat penting untuk memahami perbezaan antara servis minor dan major. Di bawah ini ialah senarai jenis penyenggaraan yang biasa dibuat antara dua jenis servis utama tersebut:
MINOR
  • Pemeriksaan dan isi bendalir
  • Pemeriksan dan cuci penapis
  • Pemeriksan tali sawat kipas
  • Pemeriksaan sistem elektrik
  • Pemeriksaan hos dan tiub
  • Pemeriksaan tekanan, penjajaran dan imbangan (alignment & balancing) tayar
MAJOR
  • Pemeriksaan sistem suspensi
  • Pemeriksaan sistem transmisi
  • Baik pulih dan talaan enjin
  • Pemeriksaan sistem ekzos dan emisi
  • Pemeriksaan sistem stereng
  • Pemeriksaan sistem brek

BILA PERLU SERVIS?

Pastikan bawa ke bengkel bertauliah. Jangan main redah saja!
Servis minor biasanya dibuat setiap selang perbatuan 5,000km, manakala servis major setiap 20,000km. Namun, rata-rata kereta moden hari ini sudah menawarkan selang servis minor setiap 10,000km.
Semasa servis major, beberapa alat ganti, seperti minyak (ada banyak bahagian), pad brek, palam pencucuh, penapis minyak dan tali sawat (belting) mungkin perlu ditukar. Segalanya bergantung kepada apa direkomenkan jadual penyenggaraan pengeluar kenderaan anda, dan berapa kilometer kereta anda sudah bergerak.

Penting untuk diketahui, servis minor atau major ialah sebahagian daripada jadual penyenggaraan kenderaan berkala. Jadi, pemandu disarankan supaya mengikut apa dijadualkan, dan bukan sekadar mementingkan rupa luaran semata-mata, tetapi mesti memastikan waranti kekal aktif (sekiranya masih dalam jaminan). Malah juga penting walaupun kereta anda sudah tamat tempoh waranti.
Mungkin ada pemandu tidak sedar (kerana tidak baca terma), waranti kenderaan boleh terbatal sekiranya jadual penyenggaraan tidak dipatuhi. Malah, ada sesetengah pengeluar sangat tegas dengan pematuhan jadual servis kenderaan.

Kebanyakan kenderaan masa kini memiliki ciri diagnostik elektronik yang berfungsi memantau sistem dalaman kereta. Sekiranya bermasalah, tanda amaran akan menyala pada panel meter di papan pemuka. Jika anda nampak lampu periksa enjin (check engine) atau tanda amaran lain, jangan pula tunggu jadual servis berikutnya.
Apa yang perlu dibuat, pergi segera ke bengkel. Ini termasuk sekiranya anda mengesan sebarang isyarat tidak normal sama ada secara pandangan, bauan, gegaran, dan bunyi pelik walaupun indikator amaran tidak menyala.


Source : PanduLaju.com

Comments

Popular posts from this blog

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Gearbox Automatik  Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual. Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto. Perbezaan antara manual dan auto gear  memang banyak,di antaranya yang paling baik ialah penjimatan minyak,dengan auto minyak memang agak jimat berbanding manual kerana semua kerja-kerja teknikal gear dijalankan oleh gearbox manakala manual adalah kita gerakkannya. Dari segi brek juga begitu ,brek auto lebih mencengkam kerana hanya isyarat yang dihantar untuk gerakan gear jadi brek dibuat lebih cengkaman berbanding manual.Auto mudah dikendalikan,kurang tekanan,kepenatan dan secara teknikalnya ia amat baik. Masalah demikian biasa dirujuk sebagai sli

Kenali Bateri Kereta Anda

# # : Kenali bateri kereta anda www.Bateriboss.com Bateri kereta di pasaran ada bermacam-macam jenis dan jenama. Bila kita nak tukar bateri baru, kita nak tahu apa jenis yang paling sesuai dengan kereta kita. Dalam pemilihan bateri kereta antara faktor utama ialah, saiz bateri, jenis terminal dan  Amp Hour  yang sesuai.  Salah pilih nanti tak boleh nak pasang pada kereta, tak muat dengan dulang bateri, dan bateri melebihi kapasiti keperluan kereta kita. Tak salah terlebih Amp Hour (Ah) tetapi jika kapasiti besar selalunya baterinya lebih besar dan berat. Secara am bateri kereta kita kelaskan kepada dua kelas utama iaitu: 1. Bebas Penyelenggaraan (Maintenance Free (MF) / Sealed Maintenance Free (SMF)) 2. Perlu Penyelenggaraan (Non Maintenance Free (NMF)) Bateri kereta pula dikodkan dalam pelbagai pengenalan utama antaranya Japan Industrial Standard (JIS), Deutsches Institut für Normung (DIN) dan kod lama JIS (tidak digunakan lagi). Contoh kod lama JIS

Servis aircond (komponen utama)

Servis aircond (komponen utama) Bagaimana cara sebenar kerja-kerja servis air-cond kereta dilakukan. Antara komponen-komponen  air cond kereta yang boleh diservis ialah:- 1) Kompressor 2)Cooling Coil atau jaring penyejuk 3)Kondenser Kompressor  adalah alat utama dalam sistem penyejukan kereta,Kompressor ini boleh diperbaiki dan juga diservis dan pada kebiasaannya servis dilakukan oleh mereka yang betul2 arif dalam membuka Kompressor dan memasangnya semula tanpa terdapat kebocoran minyak.Ini adalah kerana jika terdapat sedikit kebocoran sistem aircond kereta tidak berfungsi dgn baik dan tidak sejuk. Kompressor akan dibuka di bahagian depan dan belakang dan tukarkan gegelang getah pada semua penutup di bahagian depan dan belakang,setelah itu cuci semua bahagian depan dan belakang Kompressor tersebut dengan bahan kimia dan petrol.Pasang semula semua  KLIP  tanpa ada satu pun yang tertinggal dan jangan lupa untuk mengisikannya semula dengan minyak Kompressor yang